PROGRAM INSURAN PENJAJA 1 MALAYSIA (P1MPIN)
Diberi percuma kepada Penjaja dan Peniaga Kecil yang berdaftar menjadi ahli persatuan.
PROGRAM INSURAN PENJAJA 1 MALAYSIA (P1MPIN)
Hampir semua penjaja dan peniaga kecil di negeri ini layak menerima perlindungan insuran takaful (P1MPIN) secara percuma bernilai RM20,000.00.
Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil (M3P) Kebangsaan dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia dalam ersidangan M3P telah menggariskan TAKRIF Penjaja dan Peniaga Kecil.
PENJAJA - Pendapatan Kasar Tahunan RM300,000.00
PENIAGA KECIL - Pendapatan Kasar RM3,000,000.00
Penjaja terdaftar secara berkelompok oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sementera Peniaga Kecil berdaftar dengan Dewan Bandaraaya, Majlis PPerbandaran, Pejabat Daerah dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bang syarikat SDN BHD.
Antara perlindungan yang boleh diperolehi ialah Kematian Semulajadi / Kemalangan sebanyak RM5,000.00 dan Khairat Kematian - RM1,500.00 untuk had umur 69 tahun ke bawah.
Semua penjaja dan peniaga kecil di negeri ini dinasihatkan agar mempastikan mereka terdaftar secara sah dan mempunyai lesen perniagaan yang telah diperbaharui bagi membolehkan mereka menerima perlindungan tersebut ketika ditimpa musibah.
Untuk membantu mereka mendapat kemudahan P1MPIN ini, penjaja dan peniaga kecil dinasihatkan untuk menghubungi persatuan2 penjaja dan peniaga kecil di daerah / tempat masing2.