Khamis, 31 Oktober 2013


PROGRAM INSURAN PENJAJA 1 MALAYSIA (P1MPIN)
   Diberi percuma kepada Penjaja dan Peniaga Kecil yang berdaftar menjadi ahli persatuan.



PROGRAM INSURAN PENJAJA 1 MALAYSIA (P1MPIN)

Hampir semua penjaja dan peniaga kecil di negeri ini layak menerima perlindungan insuran takaful (P1MPIN) secara percuma bernilai RM20,000.00.

Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil (M3P) Kebangsaan dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia dalam ersidangan M3P telah menggariskan TAKRIF Penjaja dan Peniaga Kecil.

PENJAJA - Pendapatan Kasar Tahunan RM300,000.00
PENIAGA KECIL - Pendapatan Kasar RM3,000,000.00

Penjaja terdaftar secara berkelompok oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sementera Peniaga Kecil berdaftar dengan Dewan Bandaraaya, Majlis PPerbandaran, Pejabat Daerah dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bang syarikat SDN BHD.

Antara perlindungan yang boleh diperolehi ialah Kematian Semulajadi / Kemalangan sebanyak RM5,000.00 dan Khairat Kematian - RM1,500.00 untuk had umur 69 tahun ke bawah.

Semua penjaja dan peniaga kecil di negeri ini dinasihatkan agar mempastikan mereka terdaftar secara sah dan mempunyai lesen perniagaan yang telah diperbaharui bagi membolehkan mereka menerima perlindungan tersebut ketika ditimpa musibah.

Untuk membantu mereka mendapat kemudahan P1MPIN ini, penjaja dan peniaga kecil dinasihatkan untuk menghubungi persatuan2 penjaja dan peniaga kecil di daerah / tempat masing2.



1 ulasan:

  1. PENJAJA YANG BERDAFTAR DIBAWAH PERSATUAN AKAN DIBERI FAEDAH PELAN PERLINDUNGAN 1MALAYSIA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL NASIONAL P1MPIN SECARA PERCUMA SEBAGAI MANFAAT KEPADA PENJAJA AGAR SENTIASA DILINDUNGI KETIKA SEDANG MENJAJA ATAU BERNIAGA UNTUK SEPANJANG MASA.
    Jangan sisihkan diri anda untuk menerima banyak lagi manfaat dan peluang yang berhak penjaja ketahui dan pelajari. Berkunjung ke Sambutan Hari Penjaja Peringkat Negeri Sabah 2013 di Tapak Tamu KPD bermula pada 8 hingga 10 November 2013 untuk menuntut hak-hak penjaja dan peniaga kecil yang telah disediakan oleh kerajaan.

    Untuk Pertanyaan Lanjut,boleh hubungi;
    Pn. Siti Noorafizah NT - 0148381939 / 0108081939
    En. Razali H - 0179992279 atau email 3pkrmskotakinabalu@gmail.com
    En. Roslani Abdullah - 0198810347

    Berkunjunglah ke Booth 3PKRMKKS, Kami membuka kaunter pendaftaran untuk pendaftaran ahli baru dan sedia memberi khidmat bantuan untuk anda..
    *JANGAN LUPA membaya salinan kad pengenalan dan lesen perniagaan atau resit penjaja atau resit sewa tapak menjaja dan Salinan kad pengenalan WARIS yang akan menjadi pewaris untuk tuntutan insuran kelak.

    BalasPadam